Cup Kentang Keju
Bahan-bahan UTAMA:
-Leggo's Tomato Puree
-Santan kelapa asli KARA
Bahan-bahan A:
-1 bawang kuning (dipotong dadu)
-6 ulas bawang putih (dihiris halus)
Bahan-bahan B:
-8 biji Ubi kentang (rebus dengan air dan lenyekkan dengan butter)
-tomato cherry (dipotong 4)
-6 tangkai Cili hidup
-Cheddar cheese (untuk ditaburkan diatas adunan)
-3 sudu Serbuk cili
-3 sudu lada sulah/ lada hitam
-Daun bawang sebagai hiasan
-Mentega
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak.
2.Tumiskan bahan-bahan A dengan minyak
3.Masukkan lada sulah , lada hitam dan serbuk cili.
4.Masukkan Leggo's tomato puree.
5.Kacau sehingga rata dan masukkan Santan KARA. Gaulkan diatas api sehingga betul-betul masak.
6.Angkat dan ketepikan.
7.Ambil kentang yang telah dilenyekkan tadi dan campurkan dengan adunan tersebut
Cara seterusnya:
1.Sapukan mentega didalam bekas muffin
2.Ambil satu sudu adunan tadi dan masukkan kedalam bekas muffin tersebut
3.Taburkan Cheddar Cheese diatas setiap muffin dan masukkan kedalam oven pembakar dengan suhu 180 darjah selama 35minit.
4.Angkat dan keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dihidang kepada tetamu.
Selamat mencuba!
*Leggo's Tomatoo Puree boleh digunakan dalam pelbagai masakan.Saya turut gunakan didalam masakan ayam masak merah, nasi tomato, sos spaghetti dan pelbagai lagi
*Santan KARA juga amat sesuai digunakan dalam semua masakan yang menggunakan santan seperti kari ayam dan sebagainya.Santan yang pekat dan enak sekali
*Santan KARA juga amat sesuai digunakan dalam semua masakan yang menggunakan santan seperti kari ayam dan sebagainya.Santan yang pekat dan enak sekali