Salam semua...
bila dengar pasal Sofia the First, Zara Sofea lah paling excited. Favorite princess dia ni..
Bermula 9hb Disember 2014, terdapat kempen PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD diadakan bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu.
Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.
Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.
CARA CARA nya? Senang je
Ibubapa perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web -www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema iaitu:
*Komuniti
*Haiwan
*Alam Sekitar
*Penceritaan
Yang paling menarik dan best?
-Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan.Bukan itu sahaja, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.
So apa tunggu lagi, jom g kt link kat bawah ni dan sertai aktiviti menarik ini
“Kami mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kempen kami – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura – di atas sokongan mereka,”kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Branded Media and Content, Walt Disney Company Asia Tenggara.
"WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat,"kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura.